Ketika acara The Game Awards 2019, Amazon Game Studios juga tidak melepaskan peluang mereka untuk berkongsi permainan seterusnya oleh mereka iaitu New World.
Menurut mereka, permainan ini akan dilancarkan sekitar Mei 2020 ini dan ia memfokuskan bentuk permainan multi-pemain yang meluas.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan permainan ini tidak dikongsikan. Namun apa yang pasti ianya adalah satu permainan RPG yang bertempatkan di dunia fantasi.
Seperti biasa kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia dikongsikan.