Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsi yang mana bekas pengasas Arkane Studios iaitu Raphael Colantonia dan Julien Roby menubuhkan studio pembangun permainan sendiri iaitu Wolfeye Studios.

Terkini, ketika acara The Game Awards 2019, mereka mengumumkan kerjasama bersama Devolver Digital untuk melancarkan permainan pertama mereka iaitu Weird West.

Menurut pembangun, permainan ini merupakan permainan fantasi berdasarkan dunia koboi “Wild West” namun mempunyai elemen yang lebih ganas dengan pelbagai jenis raksasa.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, permainan ini juga kelihatan mempunyai bentuk kamera isometrik dengan pelbagai jenis pengembaraan dan interaksi dengan pelbagai watak.

Buat masa ini ianya disahkan bakal tiba di PC melalui Steam. Namun dari segi informasi lain dan tarikh pelancaran, ianya masih belum diumumkan.

Leave a Reply