Informasi Permainan Video Terkini
Sons Of The Forest Diumumkan – Permainan Seram Pertahanan Hidup, Sekuel Kepada The Forest
PC

Sons Of The Forest Diumumkan – Permainan Seram Pertahanan Hidup, Sekuel Kepada The Forest

Diterbitkan pada Dis 15, 2019 oleh .

Endnight Games iaitu pembangun untuk permainan pertahanan hidup The Forest yang sangat terkenal sebelum ini, mengumumkan sekuel kepada permainan tersebut iaitu Sons Of The Forest ketika acara The Game Awards 2019.

Bersempena dengan itu, mereka memperlihatkan satu video acah khas yang mana ianya kelihatan sangat seram dengan pelbagai jenis ‘raksasa’ yang bakal pemain tempuhi. Bagi anda yang berani untuk menontonnya, anda boleh tonton di bawah.

Buat masa ini, informasi lanjut lain masih belum diumumkan. Namun memandangkan kami percaya ianya bakal tiba di PC dan akan mengekalkan bentuk multi-pemain dan sistem pertahanan hidup dengan dunia terbuka tersebut.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lain setelah ia diumumkan.


TIPS & ULASAN