Skip to main content

Semestinya ketika acara The Game Awards 2019, terdapat pelbagai permainan yang diumumkan dan antaranya dalah Nine To Five, iaitu satu lag permainan penembak taktikal.

Menurut pembangun, iaitu Redhill Games, permainan ini merupakan permainan penembak yang memfokuskan bentuk berpasukan di mana 3 pemain di dalam satu pasukan anda bertempur dengan 2 lagi pasukan lain untuk menyelesaikan objektif permainan tersebut.

Buat masa ini, permainan ini masih belum mempunyai sebarang tarikh pelancaran, namun ianya disahkan bakal tiba di PC dan bagi anda yang ingin mencubanya lebih awal, Redhill Games juga membuka pendaftaran alfa permainan ini melalui laman rasmi permainan tersebut.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video acah khas yang anda boleh tontonnya di bawah.

Leave a Reply