Ketika acara The Game Awards 2019 baru-baru ini, NetEase mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan baharu iaitu Naraka: Bladepoint yang mana ianya adalah permainan aksi pedang yang memfokuskan bentuk pengembaraan yang meluas.

Buat masa ini, permainan ini dijadualkan untuk tiba di PC sekitar tahun hadapan melalui Steam.

Menariknya, berdasarkan video acah yang diperlihatkan, permainan ini juga akan mempunyai bentuk multi-pemain di mana pemain akan bertempur dengan pemain lain di dalam lokasi yang luas dengan pelbagai bentuk pertempuran yang sangat mendalam. Pemain juga berupaya untuk menggunakan cangkuk untuk bergerak dengan bebas di dalam lokasi permainan ini.

Seperti biasa, kami akan kemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Sohor Kini