Skip to main content

Baru-baru ini, Riot Games iaitu pembangun dan penerbit untuk League of Legends mengumumkan yang mereka menubuhkan satu studio penerbitan baharu iaitu Riot Forge.

Riot Forge bertanggungjawab untuk menerbitkan permainan pihak ketiga berdasarkan siri League of Legends. Hari ini, ketika The Game Awards 2019, 2 permainan telah diumumkan iaitu Ruined King dan Conv/rgence.

Ruined King adalah permainan RPG mengikut turutan yang memfokuskan penceritaan. Ia dibangunkan oleh Airship Syndicate. Kejadian permainan ini berlaku selepas kejadian di dalam Burning Tides dan pemain akan mengawal watak daripada League of Legends.

Manakala permainan Conv/rgence adalah permainan aksi platformer yang dibangunkan oleh Double Stallion Games. Pemain akan mengembara dunia Zaun sebagai Ekko.

Kedua-dua permainan dibangunkan untuk PC dan juga konsol tetapi tidak disahkan lagi sama ada konsol generasi ini atapun generasi depan kerana ia masih di dalam pembangunan.

Leave a Reply