Informasi Permainan Video Terkini
Prologue Adalah Permainan Terbaru Oleh PUBG – Memfokuskan Teknologi Dan Bentuk Permainan Baharu

Prologue Adalah Permainan Terbaru Oleh PUBG – Memfokuskan Teknologi Dan Bentuk Permainan Baharu

Diterbitkan pada Dis 13, 2019 oleh .

Pada awal tahun ini, Brendan Greene ataupun lebih dikenali sebagai PlayerUnknowns mengumumkan yang beliau tidak lagi menjadi pengarah untuk permainan PUBG, sebaliknya beralih ke satu projek baharu.

Hari ini ketika The Game Awards 2019, Playerunknown Production memperlihatkan satu trailer acah yang memperlihatkan permainan berjudul Prologue. Namun, tidak banyak yang diperlihatkan.

Menurut penerangan di laman rasmi, ia adalah permainan yang menggunakan teknologi dan bentuk permainan baharu dan sasaran mereka adalah untuk memberi pemain pengalaman bermain yang unik setiap kali bermain.

Playerunknown Production adalah studio yang ditubuhkan di bawah PUBG Corp dan diselia oleh Brendan sendiri. Buat masa ini tiada maklumat lanjut seperti tarikh pengeluaran dan juga platform diumumkan.


TIPS & ULASAN