Informasi Permainan Video Terkini
Mod Permainan Baharu Control Tiba Hari Ini Secara Percuma – DLC Berbayar Tiba Mac 2020
PC

Mod Permainan Baharu Control Tiba Hari Ini Secara Percuma – DLC Berbayar Tiba Mac 2020

Diterbitkan pada Dis 13, 2019 oleh .

Seperti kita sedia maklum, Remedy Entertainment sebelum ini telah mengumumkan yang permainan Control akan menerima beberapa penambahan secara percuma dan juga berbayar.

Sebelum ini ia telah menerima mod foto, dan hari ini semasa The Game Awards 2019 mereka memperlihatkan trailer untuk mod permainan baharu iaitu Expedition yang hadir bermula hari ini secara percuma kepada semua pemain.

Manakala penambahan berbayar pertama iaitu The Foundation yang sebelum ini diumumkan akan tiba pada awal tahun 2020 akhirnya menerima tarikh pelancaran iaitu 26 Mac 2020.

Control sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.


TIPS & ULASAN