Skip to main content

Ketika acara The Game Awards 2019, Microsoft juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan tarikh pelancaran permainan strategi mereka berdasarkan siri Gears Of War iaitu Gears Tactics di mana ianya disahkan bakal hadir pada 28 April 2020 di PC melalui Xbox Game Pass, Steam dan juga Microsoft Store.

Sebelum ini, permainan ini juga dirancang untuk dilancarkan di konsol Xbox One, namun informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan.

https://www.youtube.com/watch?v=oziTQgMdXi4&feature=emb_title

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Gears Tactics merupakan permainan strategi yang berdasarkan siri Gears Of War di mana pemain perlu menyusun atur bentuk pertempuran secara taktikal seakan permainan XCOM.

Melaluinya, permainan ini akan bertempatkan 12 tahun sebelum permainan pertama Gears Of War yang memfokuskan watak Gabe Diaz yang mana pemain akan tempuhi pelbagai halangan dan bertempur dengan pelbagai jenis ketua musuh.

Semestinya buat anda yang meminati permainan bergenre sebegini, pastikan anda dapatkannya menjelang April tahun hadapan.

Leave a Reply