Setelah penutupan studio pembangun Telltale Games dan pembatalan permainan The Wolf Among Us 2 sebelum ini, semestinya membuatkan ramai peminat siri tersebut sedih dan kecewa.

Meskipun begitu, ketika acara The Game Awards 2019, Telltale Games dan Adhoc Studio mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali permainan The Wolf Among Us 2 dan kini ianya sedang dibangunkan.

Semestinya buat masa ini, tarikh pelancaran dan platform permainan tersebut masih belum diumumkan. Meskipun begitu, dengan pengumuman ini sudah pasti ianya adalah satu berita yang menggembirakan buat mereka yang ingin melihat Telltale Games kembali.

Semestinya pengumuman ini juga adalah setelah pelaburan LCG Entertainment yang dilaporkan oleh kami sebelum ini yang mana kini hak milik intelek siri permainan tersebut di bawah mereka.

Menariknya juga, dengan penglibatan Adhoc Studios, permainan tersebut juga kembali di arahkan oleh pengarah asal siri The Wolf Among Us iaitu Nick Herman dan Dennis Lenart.

Kami pasti akan berkongsi informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini