Ori And The Will Of The Wisps Ditunda Sehingga Mac 2020

Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan Ori And The Will Of The Wisps akan dilancarkan Februari tahun hadapan dan kini ketika acara The Game Awards 2019, Microsoft mengumumkan yang mana permainan tersebut akan ditunda sehingga 11 Mac 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini akan dilancarkan di Xbox One dan juga PC melalui Microsoft Store dan Steam. Menariknya juga, permainan ini juga disahkan bakal tiba di langganan Xbox Game Pass pada hari yang sama.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan bentuk permainan dengan pelbagai halangan dan ketua musuh yang bakal pemain tempuhi.

Ori And The Will Of The Wisp merupakan sekuel kepada Ori And The Blind Forest yang dilancarkan 2015 lepas.

Sohor Kini