Ketika acara The Game Awards 2019, Bossa Studios juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Surgeon Simulator 2. Menurut mereka, permainan tersebut akan tiba di PC melalui Epic Games Store sekitar tahun hadapan.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Surgeon Simulator, ianya adalah permainan simulasi pembedahan yang sangat terkenal ketika ia dilancarkan pada 2013 lepas. Permainan asalnya tiba di PC dan kemudiannya di lancarkan di pelbagai platform lain seperti konsol dan juga bentuk permainan realiti-maya.
Buat masa ini, informasi lanjut tidak dikongsikan. Namun berdasarkan video acah yang diperlihatkan, ianya mungkin akan mempunyai bentuk koperasi seperti mana Surgeon Simulator CPR yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini.