Setelah diacahkan beberapa kali sebelum ini, Square-Enix akhirnya mengumumkan secara rasmi yang mana mereka akan membawa permainan seterusnya buat siri Bravely Default ke konsol Switch.

Ketika acara The Game Awards 2019, Square-Enix memperlihatkan Bravely Default II secara rasmi dan mereka mengesahkan ianya bakal tiba di konsol Switch sekitar tahun 2020 ini.

Buat masa ini, informasi lanjut lain masih belum dikongsikan. Namun berdasarkan video acah yang dikongsikan, permainan tersebut semestinya akan mengekal visual 3D grafik yang comel dengan muzik yang dihasilkan oleh studio asal buat permianan Bravely Default sebelum ini iaitu Revo.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Sohor Kini