Ketika acara The Game Awards 2019 hari ini, Microsoft memperlihatkan konsol generasi seterusnya oleh mereka iaitu Xbox Series X yang mana ianya disahkan bakal dilancarkan penghujung tahun hadapan.

Bersempena dengan pengumuman itu, mereka juga sekuel kepada Hellblade: Senua’s Sacrifice iaitu Senua’s Saga: Hellblade II. Permainan ini sememangnya dibangunkan oleh Ninja Theory di bawah Xbox Games Studios.

Buat masa ini, ianya disahkan bakal tiba di Xbox Series X sahaja dan pengumuman di platform lain masih belum diumumkan.

Bersempena dengan itu, mereka juga memperlihatkan video acah permainan tersebut yang mana ianya diperkatakan dimainkan dengan enjin permainan tersebut secara terus. bagi anda yang ingin menontonnya, ianya boleh ditonton di bawah.

Sohor Kini