Sebelum ini Square-Enix baru sahaja melancarkan semula permainan The Last Remnant sebagai permainan pernambah-baikkan di konsol dan kini tampaknya permainan tersebut juga tiba di peranti telefon pintar iaitu di peranti iOS dan Android.
The Last Remnant Remastered merupakan permainan JRPG yang dibangunkan oleh Square-Enix di PC dan Xbox 360 2008 lepas. Ianya kemudian menerima pernaik-tarafan visual melalui The Last Remnant: Remastered yang dilancarkan di Switch dan juga PlayStation 4.
Bagi anda yang berminat, ianya kini sudah boleh di beli melalui Google Play Store dan App Store dengan harga bermula RM79.90.
[Download] Beli iOS: The Last Remnant Remastered [/download] [Download] Beli Android: The Last Remnant Remastered [/download]