Skip to main content

Di acara The Game Awards 2019, Microsoft akhirnya memperlihatkan konsol generasi baharu mereka yang digelar sebagai Xbox Series X. Anda boleh melihat bentuk rekaan di video di bawah.

Berdasarkan perkongsian oleh Gamespot yang berpeluang untuk mencuba sendiri konsol baharu ini berikut adalah beberapa maklumat menarik yang diumumkan;

  1. Keluasan tapak untuk konsol adalah lebih kurang dengan saiz alat kawalan Xbox manakala ketinggian lebih kurang tiga alat kawalan Xbox yang disusun secara menegak.
  2. Walapun lebih berkuasa, Xbox Series X ini akan menghasilkan bunyi lebih kurang dengan Xbox One X.
  3. Mengenai nama, dengan menggunakan nama Series X ia akan memberi Microsoft lebih peluang untuk menghasilkan pelbagai versi untuk konsol ini.
  4. Kekuasaan pemprosesan grafik (GPU) untuk Xbox Series X adalah 2 kali ganda berbanding Xbox One X dan 8 kali ganda Xbox One S.
  5. Manakala untuk CPU ia adalah 4 kali ganda berbanding Xbox One X.
  6. Microsoft menyasarkan resolusi 8k dan juga kadar segar semula 120hz. Seperti PlayStation 5 ia juga akan menyokong Ray-tracing.
  7. Bagi kadar kelajuan untuk I/O ia menyertakan kadar 40 kali lebih laju berbanding konsol generasi terkini dan akan menggunakan memori GDDR6.
  8. Xbox Series X juga akan menggunakan SSD yang akan membuang keperluan untuk skrin pemuatan.
  9. Alat kawalan akan mengekalkan rekaan yang lebih kurang akan tetapi ia akan menyertakan butang perkongsian untuk membolehkan pemain berkongsi dengan lebih cepat (seperti DS4).
  10. Ia juga akan mempunyai D-Pad hibrid yang mengambil inspirasi daripada alat kawalan Elite.
  11. Alat kawalan sekarang akan masih menyokong Xbox Series X dan alat kawalan baharu juga akan menyokong Xbox One dan juga PC.
  12. Xbox Series X juga menyokong untuk pemain suspend beberapa permainan serentak. Membolehkan pemain mengakses mana-mana permainan secara terus tanpa melalui skrin pembukaan.
  13. Project xCloud akan menjadi sebahagian ekosistem untuk Xbox dan bukan untuk menggantikan konsol.
  14. Xbox One Series X akan dilancarkan pada suku akhir 2020

Berdasarkan maklumat yang dikongsi kami boleh katakan ia tidak banyak beza dengan apa yang cuba dicapai oleh PlayStation 5, dan “peperangan” antara dua konsol ini tampaknya akan bergantung kepada permainan yang hadir.

Dengan sokongan di pasaran Malaysia masih tidak pasti, agak sukar untuk konsol ini berkembang walaupun ketika generasi baharu. Apa pendapat anda mengenai konsol generasi baharu ini?

Leave a Reply