Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan Predator: Hunting Grounds yang akan dikeluarkan pada 24 April 2020 akan dipasarkan di Malaysia dengan harga bermula seperti berikut;

  • Edisi Biasa (Fizikal & Digital) – RM169
  • Edisi Deluxe (Digital) – RM249

Pemain yang membeli edaran awal untuk permainan ini dan juga yang pra-tempah melalui PS Store akan mendapat;

  • Kostum Predator berdasarkan filem Predator (1987)
  • Senjata “Ole Painless”

Manakala yang mendapatkan versi digital akan turut mendapat;

  • Set Avatar dan juga tema dinamik

Untuk Edisi Deluxe, selain ganjaran di atas, ia juga akan menyertakan;

  • 48 jam XP Berganda
  • 5 Field Lockers
  • Fireteam Camo dan Senjata bertemakan PlayStation
  • Kostum untuk Predator dan Perisai bertemakan PlayStation
  • Topeng bertemakan PlayStation
  • Akses awal untuk watak “Battle Hardened Assault”
  • Akses awal untuk topeng Predator Eclipse
  • Komik digital Predator: Hunters oleh Dark Horse
  • Tema Dinamik PS4
  • Buku Karya Digital

Pra-tempah secara digital akan dibuka bermula 11 Disember ini. Permainan ini juga akan dikeluarkan untuk PC melalui Epic Games Store di mana ia kini boleh di pra-tempah dengan harga $18.99 (RM78).

Sohor Kini