Informasi Permainan Video Terkini
Two Point Hospital Untuk Konsol Akan Tiba Februari 2020

Two Point Hospital Untuk Konsol Akan Tiba Februari 2020

Diterbitkan pada Dis 12, 2019 oleh .

SEGA dan Two Point Studios hari ini mengumumkan yang permainan simulasi pengurusan hospital, Two Point Hospital untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch akan dikeluarkan pada 25 Februari 2020.

Sebelum ini ia diumumkan untuk dikeluarkan sekitar tahun ini dan kemudia ia tertunda ke pertengahan pertama 2020. Kini, tarikh tetap akhirnya diumumkan.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi trailer pengumuman yang kami sertakan di bawah.

Two Point Hospital sudah dikeluarkan untuk PC. Kami juga ada ulasan yang anda boleh baca menggunakan pautan ini – Ulasan Two Point Hospital – Permainan Simulasi Hospital Yang Menyeronokkan


TIPS & ULASAN