Simulacra 2 iaitu permainan seterusnya untuk siri ini yang dibangunkan oleh pembangun tempatan Kaigan Games sebelum ini diumumkan akan tiba hari ini untuk iOS, Android dan Steam.

Namun, hari ini permainan tersebut telah dilancarkan di iOS dengan harga RM19.90 manakala untuk Android ia masih lagi di peringkat pra-daftar di mana kami merasakan ia akan tiba tidak lama lagi. Manakala untuk versi PC melalui Steam, ia telah ditunda ke tahun hadapan iaitu pada 16 Januari 2020.

Melalui permainan ini, pemain akan mengawal satu telefon pintar misteri untuk menyiasat mengenai kejadian aneh yang berlaku.

App Store: Simulacra 2

Sohor Kini