Skip to main content

EA hari ini berkongsi kemaskini ringkas mengenai pembangunan Command & Conquer Remastered. Walaupun ringkas, ia mungkin satu perkara yang penting bagi peminat permainan ini.

Mereka mengumumkan yang Electronic Video Agent ataupun EVA di dalam versi olahan semula ini akan menggunakan pelakon suara asal iaitu Kia Huntzinger. EVA adalah AI yang berfungsi untuk menyatakan sebarang informasi kepada pemain.

Untuk permainan ini, beliau akan kembali menjadi suara EVA dan menurut EA mereka akan merakamkan semula kesemua dialog dengan kualiti yang lebih baik. Jika anda ingin melepaskan rindu, EA juga berkongsi satu video untuk mendengarkan kembali EVA.

Command & Conquer Remastered dibangunkan oleh Petroglyph Studio iaitu studio yang ditubuhkan oleh bekas pembangun asal untuk permainan ini. Studio pembangunan Malaysia iaitu Lemon Sky Studio juga terlibat di dalam penghasilan semula aset untuk permainan ini.

Buat masa ini, ia masih tidak mempunyai sebarang tarikh pengeluaran.

Leave a Reply