Blizzard minggu ini mengumumkan bermulanya acara masa terhad bersempena musim sejuk untuk Overwatch dan Hearthstone yang menyertakan pelbagai mod serta barangan untuk diperoleh oleh pemain.
Overwatch – Winter Wonderland
Acara ini kini bermula sehingga 3 Januari 2020 untuk semua platform iaitu PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Antara perkara yang disertakan adalah;
Mod Permainan Snowball Deathmatch – Deathmatch untuk 8 pemain, di mana semua akan menjadi Mei dan akan menggunakan senjata snowball yang sudah diubah suai. Selain daripada mengelak tembakan, pemain juga boleh menangkap bebola salji. Pemain pertama yang menyingkirkan 15 pemain akan menang.
Cabaran Mingguan – Pemain boleh menyelesaikan cabarang mingguan untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti icons, penyembur dan juga kostum.
Barangan Kosmetik Baharu – Bagi acara ini akan disertakan 4 kostum legendary untuk Doomfist, Mcree, Reaper dan Sigma. 3 kostum epic dan juga icon serta penyembur.
Hearthstone – Winter Veil
Manakala untuk Hearthstone, Blizzard mengumumkan hiasan baharu untuk papan permainan bersama dengan emote khas bagi Winter Veil. Ia juga menyertakan Tavern Brawl khusus untuk memberi peluang kepada pemain mendapatkan hiasan kad Winter Veil.
Selain itu, mereka juga menyediakan berkas Winter Veil Wonder yang ditawarkan bermula 20 Disember sehingga 6 Januari dengan harga $24.99 (RM104). Ia menyertakan hero Dame Hazelbark untuk kelas Druid dan juga hiasan kad bersama dengan 30 pek kad iaitu 6 untuk setiap set (Saviours of Uldum, Rise of Shadows, The Witchwood, The Boomsday Project dan Rastakhan’s Rumble).