Spike Chunsoft minggu ini akhirnya melancarkan permainan visual novel Steins;Gate O untuk Nintendo Switch. Bagi penceritaan ia merupakan sambungan kepada Steins;Gate.
Permainan ini dibangunkan oleh 5pb dan sudah hadir di platform lain sejak tahun 2015. Bagi yang berminat, ia boleh didapati dengan harga lebih murah iaitu $26.99 (RM112) berbanding harga asal $29.99 (RM124) sehingga 17 Disember 2019 melalui eShop.
Switch sebelum ini turut menerima permainan pertama untuk siri ini iaitu Steins;Gate Elite yang merupakan versi penambah-baikkan bagi permainan asal.