Oktober lepas Overkill telah mengumumkan yang mereka kembali membangunkan kandungan serta kemaskini untuk permainan Payday 2 selepas melalui pelbagai masalah kewangan.
Minggu ini, mereka mengumumkan yang kemaskini serta penambahan akan memfokuskan untuk PC dan versi konsol hanya menerima kemaskini tertentu sahaja. Manakala untuk Switch, oleh disebabkan ia dibangunkan oleh pembangun luar, ia berkemungkinan besar tidak akan menerima sebarang kemaskini.
Berikut adalah kandungan yang tidak akan akan dikeluarkan untuk versi PlayStation 4, Xbox One;
- Shacklethorne Auction Heist
- Reservoir Dogs Heist
- Hells Island Heist
- No Mercy Heist
- The White House Heist
- The Safe House feature
Namun mereka mengatakan yang kandungan kosmetik yang hadir bersama dengan kandungan di atas mungkin akan hadir secara berasingan untuk konsol.
Payday 2 sudah dikeluarkan sejak tahun 2013 untuk hampir kesemua konsol dan PC termasuk juga konsol generasi lepas.