Ketika acara State Of Play yang berlangsung hari ini, Pixel Reef juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi video acah baharu buat permainan realiti-maya mereka iaitu Paper Beast.

Menurut pembangun, permainan ini akan dilancarkan sekitar tahun hadapan dan ianya adalah permainan realiti-maya khas buat PlayStation VR. Namun, permainan ini juga disahkan boleh dimainkan tanpa set realiti maya tersebut.

Paper Beast merupakan permainan yang dibangunkan oleh pencipta permainan seperti Another World, Heart Of Darkness dan From Dust iaitu Eric Chahi di mana melalui permainan ini, pemain kelihatan berupaya untuk berinteraksi dengan pelbagai makhluk yang mempunyai bentuk seakan kertas Origami.

Menurut pembangun, permainan ini jgua akan membenarkan pemain untuk mengembara di dalam dunia unik tersebut disamping melakukan pelbagai perubahan seperti mengubah rupa bumi, menggerakkan objek dan sebagainya.

Paper Beast akan dilancarkan sekitar suku pertama tahun hadapan.

Sohor Kini