Tampaknya tarikh pelancaran permainan Dreams yang tertiris sebelum ini adalah benar di mana hari ini ketika acara State Of Play, Media Molecule dan Sony akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya iaitu 14 Februari 2020 ini.
Seperti yang kami laporkan, Dreams adalah permainan yang membenarkan pemain untuk menghasilkan pelbagai jenis kandungan seperti permainannya tersendiri, muzik, animasi filem, seni dan sebagainya.
Sebelum ini, Dreams dilancarkan sebagai permainan akses awal dan telah pun meninggalkan versi tersebut minggu ini dan Media Molecule juga akan mengadakan acara anugerah khas untuk memberi pengiktirafan buat kandungan-kandungan yang dihasilkan oleh pemain sepanjang akses awal permainan tersebut.
Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, ianya akan dijual semula sebagai permainan penuh menjelang Februari ini.