Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Square-Enix dan Platinum Games sebelum ini, ketika acara State Of Play yang berlangsung hari ini mereka akhirnya berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan Babylon’s Fall dengan memperlihatkan bentuk permainannya.

Seperti yang kami laporkan, permainan Babylon’s Fall adalah permainan yang dibangunkan oleh Platinum Games dan dilancarkan oleh Square-Enix di mana ianya diumumkan ketika acara E3 tahun lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=veow_lvRhfw&feature=emb_title

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, permainan tersebut kelihatan mempunyai bentuk permainan beraksi yang memfokuskan jarak dekat. Pemain juga kelihatan akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh dengan pelbagai jenis saiz.

Selain itu, apa yang menarik minat kami juga adalah visual permainan ini yang kelihatan mempunyai karya seni yang sangat menarik sekali, seakan satu lukisan.

Buat masa ini, informasi lain masih belum dikongsikan dan menurut mereka, ianya akan diumumkan kelak sekitar tahun hadapan. Memandangkan acara ini dikongsikan di State Of Play, kami percaya ianya pasti akan tiba di konsol PlayStation 4. Namun dari segi platform lain, ianya masih belum lagi diumumkan.

Kami di Aksiz juga pasti akan melaporkan sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Leave a Reply