Skip to main content

Kemaskini: Microsoft juga mengesahkan Untitled Goose Game bakal tiba di langganan Xbox Game Pass minggu hadapan.

Seperti yang dijanjikan oleh House House sebelum ini, ketika acara State Of Play hari ini, mereka akhirnya mengumumkan yang mana permainan Untitled Goose Game akan tiba di konsol PlayStation 4 pada minggu hadapan, 17 Disember 2019. Selain itu, permainan itu juga disahkan bakal tiba di Xbox One juga pada tarikh yang sama.

Untitled Goose Game merupakan permainan pengembaraan yang mana pemain akan bermain sebagai seekor angsa dan membuat kacau di kawasan bandar tersebut. Melaluinya, pemain perlu melakukan sebilangan tugasan yang diberi untuk melengkapkan misi permainan tersebut.

Untitled Goose Game telah pun dilancarkan di Switch melalui Nintendo eShop dan di PC melalui Epic Games Store. Ianya boleh dibeli dengan harga sekitar $19.99(~RM84).

Leave a Reply