CD Projekt Red hari ini melancarkan penambahan baharu untuk permainan kad mereka Gwent. Penambahan Merchants of Ofir ini menyertakan 70 kad baharu untuk kesemua puak termasuk juga 11 kad neutral. Senarai kad boleh dilihat di laman Gwent.
Selain itu ia juga memperkenalkan kad Stratagems iaitu 12 kad yang mempunyai kelebihan tertentu di mana pemain pertama bergerak dapat memilih satu daripada 12 kad tersebut.
Ia juga menyertakan mekanik baharu iaitu Scenarios di mana ia akan mempunyai tiga kelebihan yang dipanggil sebagai prologue, chapter 1 dan chapter 2. Ia akan bergerak apabila pemain melakukan scenarios yang diperlukan (kebiasaan memerlukan pemain menurunkan kad tertentu).
Bersempena dengan pelancaran ini, mereka juga menawarkan 2 pek khas sehingga 2 Januari 2020. Pek pertama adalah Ofiri Bargain Pack yang menyertakan 10 Merchants of Ofir Premium Kegs, hiasan kad dan juga kostum untuk Wraith ia ditawarkan dengan harga RM104.90. Manakala pek kedua adalah Caravan Raid Pack yang akan memberikan 12 Premium Stratagems. Ia ditawarkan dengan harga RM199.90.
Gwent sudah dikeluarkan untuk PC dan iOS. Ia juga sudah dikeluarkan untuk konsol tetapi sokongan bakal dihentikan.