Detective Conan adalah siri manga yang mengisahkan seorang pelajar yang minat dengan penyiasatan. Pelajar ini bernama Sinichi Kudo dan satu hari ada musuh telah suntik beliau dan beliau telah berubah menjadi seorang kanak-kanak. Bagi mengelakkan kekeliruan, beliau terus menyamar menjadi Conan Edogawa. Dari manga, ia berkembang kepada animasi di televisyen dan kemudian terus menjadi filem. Filem pertama ditayangkan pada 1997 dan animasi pula bermula dari 1996 dan masih berterus sehingga hari ini dengan musim ke-27 yang sudah pun mempunyai lebih 900 episod.

Kini, filem ke-24 sudah diumumkan dan akan ditayangkan pada tahun 2020. Judul filem ini adalah Detective Conan – The Scarlett Bullet. Ia diarahkan oleh Chika Nagaoka yang mengarah filem Conan ke-23 dan ditulis oleh Takeharu Sakurai yang menulis untuk filem ke-22. Filem mengisahkan penaja-penaja utama acara World Sports Games diculik. Ejen FBI Shuuichi Akai bersama-sama dengan Shuukichi Haneda dan adik perempuan beliau dan juga Masumi Sera (detektif persendirian) akan membantu Conan menyelesaikan misteri disebalik penculikan ini.

Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 17 April 2020. Manakala untuk pasaran Malaysia ODEX telah mengesahkan yang ia akan tiba di Malaysia pada tahun hadapan, tetapi tarikh tidak diumumkan lagi.

Sohor Kini