Salah satu lokasi terkenal di dalam permainan Battlefield 1942 beberapa tahun lepas iaitu Wake Island, kini diumumkan bakal kembali di dalam permainan Battlefield V menjelang minggu hadapan.
Menurut EA dan DICE, kemaskini Wake Island akan dilancarkan secara percuma pada 12 Disember 2019 ini buat semua pemain yang memiliki permainan battlefield V. Kandungan ini juga merupakan sebahagian daripada kemaskini kandungan buat bab 5 yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.
Melalui lokasi Wake Island, EA dan DICE juga mengumumkan yang mana mereka membuat beberapa perubahan dan pernambahan buat peta tersebut untuk memudahkan lagi pemain bertempur. Mereka juga menyatakan bahawa peta tersebut kali ini adalah dua kali ganda lebih besar berbanding peta asal yang dilancarkan di Battlefield 1942
Selain itu, EA juga berkongsi pelbagai informasi lanjut berkenaan peta tersebut termasuklah tips bermain di peta tersebut yang anda boleh baca melalui laman rasmi permainan ini.
Battlefield V sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada Oktober tahun lepas. Anda boleh membaca ulasan kami untuk permainan ini melalui pautan berikut โ Ulasan Battlefield V โ Satu Lagi Permainan Peperangan Yang Tidak Lengkap Oleh EA.