Informasi Permainan Video Terkini
Final Fantasy VII Remake Disahkan Eksklusif Di PlayStation 4 Sehingga Mac 2021 Sahaja

Final Fantasy VII Remake Disahkan Eksklusif Di PlayStation 4 Sehingga Mac 2021 Sahaja

Diterbitkan pada Dis 10, 2019 oleh .

Square-Enix hari ini berkongsi imej rasmi buat karya kotak permainan Final Fantasy VII Remake yang mana ianya mengesahkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 sehingga 3 Mac 2021 sahaja, iaitu setahun selepas tarikh pelancarannya.

Ini sekaligus membuatkan permainan ini mungkin akan dilancarkan di platform lain seperti konsol Xbox One ataupun PC. Namun, memandangkan tarikh tersebut adalah selepas Mac 2021, kami menjangkakan Final Fantasy VII Remake mungkin akan dilancarkan di konsol generasi seterusnya seperti Xbox Scarlett ataupun PlayStation 5.

Semestinya buat masa ini, Square-Enix masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan pelancaran permainan ini di platform lain dan kami percaya dengan tibanya permainan ini dalam bentuk berepisod, mereka pasti berminat untuk melancarkannya di pelbagai platform pada masa akan datang.

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan di PlayStation 4 pada 3 Mac 2020 ini.


TIPS & ULASAN