Skip to main content

Industir Esukan di Malaysia semestinya semakin meningkat dengan pelbagai kejohanan dan acara yang diumumkan tiba di sini. Terkini, satu lagi kejohanan diumumkan bakal di adakan di Malaysia iaitu World Eletronic Sports Games (WESG) 2019-2020 peringkat Asia Tenggara, akan diadakan di Malaysia.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Alibaba Sports dan Hong Kong Esport Internationl Group (EIG) dengan kerjasama MDEC yang mana ia bakal diadakan di Sunway Pyramid Convection Centre, Petaling Jaya pada 3 hingga 5 Januari 2020 ini.

Menurut pengajur, kejohanan ini akan bertempatkan 61 pasukan dan sebanyak 260 pemain dari 58 Negara akan bertempur di dalam permainan:

  • Dota 2
  • Counter-Strike: Global Offensive
  • Star Craft 2
  • Pro Evolution Soccer 2020

Kejohanan ini juga meletakan wang hadiah terkumpul sehingga RM1.2 juta dan pasukan yang berjaya di dalam peringkat Asia Tenggara ini juga berpeluang untuk ke pusingat akhir yang bakal berlangsung Mac 2020 ini di Chongqing, China yang meletakkan wang hadiah terkumpul bagi musim 2019 dan 2020 ini melebihi RM22 juta.

Menurut Jason Fung iaitu pengarah atas Esukan dari Alibaba Sports, beliau menyatakan yang mana buat pertama kali kejohanan ini di adakan di luar China dan ianya merupakan kejayaan terbesar mereka. Mereka juga berterima kasih kepada pengajur lain dengan kerjasama mereka termasuklah MDEC dan penaja seperti Asus Republic Of Gamers dan Mayflower.

Bagi anda yang berminat untuk membeli tiket buat kejohanan tersebut, ianya sudah pun boleh dibeli melalui laman Ticket2U dengan harga bermula RM10 untuk pas sehari dan RM850 untuk pas VIP.

Selain itu, melalui saluran eGG Network, anda juga boleh menontonnya secara langsung ketika acara tersebut berlangsung menjelang Januari ini.

Untuk sebarang informasi lanjut, anda boleh melayari laman rasmi kejohana WESG di bawah.

[info] Layari: WESG 2019-2020[/info]

Leave a Reply