Hujung minggu lepas, Predator mengajurkan kejohanan Predator League 2020 Malaysia bagi permainan PUBG di Battle Arena, Petaling Jaya. Kejohanan tersebut menempatkan 16 pasukan bertempur untuk merebut wang hadiah sebanyak RM10,000.

Setelah dua hari berlangsungnya kejohanan tersebut, Battle Arena Elites meraih juara buat kejohanan tersebut yang mana mereka bukan sahaja membawa pulang wang hadiah sebanyak RM10,000, malah aksesori Predator dan juga mereka akan sertai Flower Gaming untuk mewakili Malaysia ke kejohanan Asia Pacific Predator League 2020 yang bakal berlangsung Februari tahun hadapan di Filipina.
Selain itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Geek Fam di mana mereka membawa pulang RM5,000 dan aksesori Predator.
Dengan kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan tahniah buat pasukan yang menjuarai kejohanan ini dan pastikan anda terus memberi sokongan terhadap dua pasukan yang akan mewakili Malaysia tahun hadapan iaitu Battle Arena Elites dan Flower Gaming.