Skip to main content

Sebelum ini, Iggymob mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Gungrave G.O.R.E. pada Disember tahun ini. Akan tetapi, tampaknya permainan ini kini disahkan akan ditunda sehingga tahun hadapan.

Mengikut kenyataan rasmi oleh pengarah dan penerbit permainan tersebut, mereka sememangnya bebesar hati atas sokongan peminat terhadap siri tersebut dan video acah yang dikongsikan oleh mereka sebelum ini juga mendapat sambutan dan jumlah tontonan sehingga 5 juta, sekaligus membuatkan mereka lagi semangat untuk melancarkan permainan tersebut.

Meskipun begitu, mereka juga percaya yang mana mereka boleh tingkatkan lagi kualiti permainan tersebut, sekaligus mereka mengambil keputusan untuk menundanya dan melancarkannya tahun hadapan. Mereka juga percaya dengan masa yang lebih tersebut, mereka kan menghasilkan satu permainan yang lebih berkualiti dan memuaskan buat peminat.

Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Iggymob dan kami juga percaya mereka pasti akan membawa kembali citarasa permainan Gungrave untuk konsol generasi terkini.

Leave a Reply