Setelah tertirisnya berkas permainan Bayonetta dan Vanquish yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, SEGA hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi yang mana kedua-dua permainan tersebut akan dilancarkan pada 18 Februari 2020 di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

https://www.youtube.com/watch?v=szEyOIayxEM

Seperti yang dilaporkan oleh kami, pelancaran ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-10 buat kedua-dua permainan tersebut yang dilancarkan pada 2010 lepas di konsol PlayStation 3 dan Xbox 360, iaitu dua permainan beraksi yang sangat terkenal oleh Platinum Games.

Kini melalui versi ini, SEGA menjanjikan sebilangan pernaik-tarafan visual seperti sokongan resolusi sehingga 4k dengan kadar bingkai sesaat sehingga 60FPS di konsol PlayStation 4 Pro dan Xbox One X.

Selain itu, SEGA juga mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan edisi khas permainan tersebut yang menyertakan bekas besi khas secara bersama. Menariknya, buat mereka yang membuat pra-tempahan di PSN Store, SEGA juga akn sertakan tema khas di konsol PlayStation 4 secara bersama.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mengembara semula bersama Bayonetta dan Sam Gideon, pastikan anda dapatkan permainan ini menjelang tahun hadapan.

Sohor Kini