Skip to main content

Major League Baseball iaitu liga sukan besbol di Amerika Syarikat hari ini mengumumkan yang mereka telah menandatangani perjanjian baharu bersama dengan Sony Interactive Entertainment dan San Diego Studio untuk terus membangun dan menerbit permainan MLB The Show.

Namun, satu perkara menarik yang diumumkan adalah permainan tersebut yang sekarang adalah eksklusif untuk konsol PlayStation akan turut hadir ke platform lain seawal tahun 2021, berkemungkinan besar MLB The Show 21 yang dijangka akan tiba pada awal tahun 2021.

Pengumuman ini telah mendapat reaksi daripada akaun rasmi Xbox dan juga Nintendo, apabila mereka masing-masing mengeluarkan kenyataan ringkas di Twitter.

Permainan akan datang untuk siri ini iaitu MLB The Show 20 akan dikeluarkan pada 17 Mac 2020 dan ia masih lagi eksklusif untuk PlayStation 4.

Leave a Reply