GOG Galaxy 2.0 merupakan klien permainan untuk PC yang dibangunkan oleh CD Projekt bukan sahaja untuk permainan yang dibeli melalui kedai dalam talian GOG tetapi termasuk kedai dalam talian lain seperti Steam, Epic, Origin dan Uplay. Bahkan, ia juga boleh menjadi klien untuk permainan di konsol (namun bukan untuk dimainkan).

Bagi yang ingin tahu lebih lanjut, anda boleh membaca pandang pertama kami untuk GOG Galaxy 2.0, ia adalah semasa kami mencuba untuk versi beta tertutup. Pelbagai penambahan telah disertakan sejak daripada penulisan tersebut.

Hari ini, GOG mengumumkan yang klien tersebut kini terbuka kepada semua melalui versi beta terbuka. Jika anda berminat, anda boleh memuat turun menggunakan pautan di bawah.

Muat Turun GOG Galaxy 2.0

Sohor Kini