Skip to main content

2K hari ini mengumumkan penubuhan studio baharu di bawah mereka iaitu Cloud Chamber. Di samping itu, mereka juga mengumumkan yang studio tersebut kini sudah giat membangunkan permainan baharu daripada siri BioShock.

BioShock seperti kita sedia maklum adalah permainan menembak pandang pertama yang dibangunkan oleh 2K dibawah seliaan Ken Levine untuk BioShock dan BioShock Infinite, manakala BioShock 2 dibangunkan oleh 2K Marin.

Cloud Chamber akan diketuai oleh Kelley Gilmore yang sudah mempunyai pengalaman selama 22 tahun dan pernah terlibat di dalam pembangunan untuk siri Civilizaiton dan juga XCOM.

Bagi yang menantikan permainan baharu BioShock, anda perlu menunggu lebih lama, kerana menurut 2K ia akan mengambil beberapa tahun lagi sebelum bersedia untuk dikeluarkan.

Ken Levine yang kini mengetuai studio sendiri iaitu Ghost Story Games walaupun berkongsi syarikat induk dengan 2K berkemungkinan besar tidak akan terlibat di dalam permainan baharu BioShock ini.

Leave a Reply