Jumanji: The Next Level adalah sekuel kepada Jumanji: Welcome To The Jungle. Filem Jumanji ini adalah filem olahan dan juga sekuel dari filem Jumanji yang ditayangkan pada tahun 1995. Walaupun ia mempunyai jalan cerita yang tersendiri, filem ini masih lagi menghargai dan ada meninggalkan klu dari filem Jumanji yang asal.

Jumanji: The Next Level ditayangkan di Malaysia pada 5 Disember lepas dan sehingga hari ini sudah 4 hari ditayangkan. Kutipan yang berjaya filem ini kutip adalah RM19 Juta. Kejayaan ini merupakan rekod yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan merupakan yang pertama bagi sejarah Sony untuk filem tayangan hujung minggu pertama.
Filem ini dilakonkan oleh Dwayne “The Rock” Johnson, Kevin Hart, Karen Gillan, Danny DeVito, Danny Glover dan juga Nick Jonas. Filem ini juga merupakan filem aksi komedi yang penuh dengan pengembaraan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga pada musim cuti ini.