Pasukan Esukan Malaysia di Kejohanan Sukan Asia Tenggara setakat ini hanya memperoleh pingat gangsa melalui Mobile Legends, manakala Dota 2, Arena of Valor dan juga StarCraft II tidak membawa sebarang pingat.
Namun hari ini, penantian untuk pingat emas akhirnya berakhir apabila Weng Kean Yew (Wkyew) iaitu pemain yang mewakili Malaysia untuk Hearthstone berjaya memenangi kejohanan tersebut selepas mengalahkan pemain Thailand dengan kiraan 3-1.
Walaupun terpaksa melalui kurungan bawah selepas tewas dengan pemain Singapura di pusingan penentuan, beliau berjaya melalui kurungan bawah dengan jayanya dan melayakkan diri ke peringkat akhir.
Pasukan Esukan Malayisa masih ada Tekken 7 yang diwakili oleh Abdul Rahim dan Hee Zi Song dan ia akan bermula pada 10 Disember ini. Tahniah kami ucapkan kepada