Informasi Permainan Video Terkini
Tropico 6 Menerima DLC The Llama of Wall Street – Menambah Pasaran Saham
PC

Tropico 6 Menerima DLC The Llama of Wall Street – Menambah Pasaran Saham

Diterbitkan pada Dis 9, 2019 oleh .

Limbic Entertainment dan Kalypso Media telah melancarkan DLC buat permainan simulasi pengurusan negara Tropico 6 iaitu The Llama of Wall Street yang kini boleh didapati dengan harga RM19.97 melalui Steam, buat masa ini ia tidak disenaraikan untuk PS Store manakala untuk Xbox One, ia dijual dengan harga $9.99 (RM41).

Antara penambahan yang disertakan adalah misi baharu, bangunan baharu (Trade Institute, Toy Workshop dan Smart Furniture Studio). Ia juga menyertakan mekanik permainan baharu iaitu pemain kini boleh mengawal pasaran. Akhir sekali, peta baharu iaitu Acantilado Humeante.

Tropico 6 sudah dikeluarkan untuk PC, Xbox One dan PlayStation 4.


TIPS & ULASAN