Skip to main content

The Elder Scrolls: Legends merupakan jawapan Bethesda untuk peningkatan populariti permainan kad selepas kejayaan Hearthstone. Namun, tampaknya mereka tidak dapat bersaing apabila ia kurang mendapat sambutan berbanding permainan kad yang lain.

Hujung minggu lepas, Bethesda melalui perkongsian di Reddit, mengumumkan yang pembangunan untuk kandungan tambahan bagi permainan tersebut akan dihentikan untuk satu jangka masa yang masih tidak ditetapkan.

Walaupun tidak dinyatakan, akan tetapi boleh dikatakan yang perancangan mereka untuk mengeluarkan permainan di konsol akan turut ditunda ataupun dihentikan secara terus.

Buat masa ini, ia masih lagi boleh dimainkan dan beroperasi seperti biasa. Mereka juga memberikan penambahan The Tamriel Collection secara percuma kepada semua pemain yang membuka permainan tersebut.

The Elder Scrolls: Legends sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android sejak tahun 2017.

Leave a Reply