Sebelum ini, Bandai Namco memperlihatkan watak DLC musim ke-3 buat permainan Tekken 7 iaitu Leroy Smith dan Zafina di mana watak Zafina telah pun dilancarkan secara rasmi buat permainan tersebut.

Terkini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan sebilangna watak DLC lain bagi musim ke-3 tersebut iaitu Ganryu dan watak baharu khas, Fahkumram.

Bagi anda yang sudah lama dengan siri Tekken, Ganryu merupakan salah satu watak asal dariapda siri permainan ini yang mana beliau merupakan seorang ahli gusti Sumo dari Jepun. Melaluinya, beliau mempunyai serangan dan kemahiran yang sangat berkuasa dengan keupayaan untuk menangkap.

Melalui video acah di atas, Bandai Namco juga memperlihatkan watak Ganryu seakan satu watak jenaka yang mana beliau kelihatan adalah peminat watak Julia.

Selain itu, Bandai Namco juga umum watak baharu yang bakal tiba buat pertama kalinya melalui permainan ini iaitu Fahkumram. Beliau merupakan peninju Muay Thai dari Thailand yang akan bertarung demi kebebasan keluarganya.

Melalui video acah yang diperlihatkan, Fahkumram juga mempunyai bentuk pertempuran dan serangan yang mana pasti akan menarik minat sukan peninja Muay Thai. Kami juga menyukai yang mana Bandai Namco banyak menggunakan elemen Thailand di dalam video acah di atas termasuklah muzik, bahasa dan juga lokasi.

Manakala bagi and ayang menanti watak DLC Leroy Smith yang diumumkan sebelum ini, Bandai Namco juga berkongsi satu video khas buat watak tersebut sempena pelancarannya pada 10 Disember 2019, minggu ini.

Kedua-dua watak DLC yang diumumkan iaitu Ganryu dan Fahkumram bakal tiba sekitar suku pertama tahun hadapan, manakala suku kedua tahun hadapan, musim ke-3 Tekken 7 juga akan menyertakan lokasi baharu khas untuk pemain.

Tekken 7 telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Sohor Kini