Wonder Woman adalah filem adiwirawati wanita DCEU yang pertama (mungkin tiada lagi?). Filem pertama ditayangkan pada tahun 2017 dan ia sudah pun menceritakan asal-usul, kisah cinta dan memperlihatkan pelbagai kebolehan Wonder Woman. Sudah lama filem ini disahkan akan mempunyai sekuel, hari ini video acah pertama diterbitkan.
Judul filem adalah Wonder Woman 1984, dan latar masanya adalah tahun 1984. Perkara yang paling menjadi perhatian ramai adalah, Steve Trevor mash hidup! Bagaimana beliau masih hidup, jika dalam filem pertama telah terkorban? Kemudian, akhirnya kita dapat lihat Wonder Woman beraksi dalam kostum penuh zirah emas berserta helmet beliau. Musuh yang perlu Wonder Woman tumpaskan adalah Max Lord dan juga The Cheetah.

Wonder Woman kekal dilakonkan oleh Gal Gadot, begitu juga dengan Chris Pine sebagai Steve Trevor. Watak antagonis bernama Max Lord ini dilakonkan oleh Pedro Pascal, yang mana pelakon yang sama dengan watak The Mandalorian dalam Disney+. Apakah kisah sebenar dalam filem ini dan mampukah filem ini mengutip kutipan lebih tinggi dari dua tahun lepas? Sama-sama kita nantikan.