Skip to main content

Bandai Namco sebelum ini mengumumkan yang mana siri Sword Art Online akan menerima permainan seterusnya iaitu Sword Art Online: Alicization Lycoris di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC. Semestinya permainan tersebut adalah berdasarkan siri anime terkenal, Sword Art Online di mana ia memfokuskan bahagian Alicization.

Terkini melalui laporan Bleeding Cool, permainan tersebut tampaknya bakal tiba tahun hadapan iaitu sekitar 22 Mei 2020 ini.

Berdasarkan video acah yang tertiris, permainan tersebut kelihatan akan mempunyai dunia yang sangat luas dan bentuk permainan beraksi seperti mana siri permainan Sword Art Online sebelum ini.

Sword Art Online: Alicization Lycoris sekali lagi akan meletakkan pemain bermain sebagai Kirito di mana beliau akan mengembara di dunia Underworld. Selain itu, watak-watak dari siri Anime tersebut juga disahkan bakal tiba termasuklah watak Eugeo dan Alice.

Semestinya ini hanyalah tarikh pelancaran yang tertiris sahaja dan kami pasti akan mengemaskini jika Bandai Namco mengumumkan secara rasmi kelak.

Leave a Reply