Skip to main content

Siri Fast & Furious sudah pun tidak asing sebagai salah satu siri filem yang luas dengan pelbagai watak-watak dan tahun ini siri tersebut juga menerima satu filem sampingan daripada siri utama iaitu Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw.

Terkini DreamWorks TV mengumumkan yang mana mereka akan mengembangkan lagi dunia Fast & Furious dengan melancarkan siri animasi baharu, iaitu Fast & Furious: Spy Racers.

Siri animasi ini akan memfokuskan watak Tony Toretto iaitu sepupu daripada watak Dominic Toretto dari siri filem utama Fast & Furious. Melalui siri anime, Tony kelihatan akan bekerjasama dengan pihak perisik khas bersama-sama kru beliau, untuk menumpaskan musuh dan penjahat.

Fast & Furious: Spy Racers akan tiba di Netflix bermula 26 Disember 2019 ini.

Leave a Reply