Skip to main content

Jika anda pernah menonton filem Ready Player One ataupun anime-anime terkenal seperti Sword Art Online, anda mesti sudah pun terbiasa dengan konsep dunia permainan multi-pemain atas-talian yang luas ataupun MMO yang mempunyai pelbagai watak-watak NPC dan pemain di dalam bentuk filem ataupun tv siri.

Terkini, tampaknya kita bakal menerima satu lagi filem berkonsepkan sedemikian iaitu Free Guy, yang mana ianya adalah filem seterusnya oleh 20th Century FOX dan ia dibintangi oleh pelakon adiwira Deadpool, iaitu Ryan Reynolds.

Free Guy merupakan filem aksi komedi di mana seorang pegawai bank di dalam dunia MMO mempunyai kesedaran tersendiri di mana beliau sering menjadi mangsa-mangsa pemain di dalam dunia permainan dunia terbuka dan pada satu hari, beliau mengambil keputusan untuk memberontak.

Semestinya filem ini memperlihatkan pelbagai bentuk-bentuk dari dunia permainan video seperti Fortnite dan Grand Theft Auto Online di mana pemain memakai pelbagai jenis kostum, menari dan juga merompak bank.

Free Guy akan mula ditayangkan secara global bermula 3 Julai 2020 ini.

Leave a Reply