Skip to main content

Dengan bakal berakhirnya tahun 2019 ini, Sony hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan satu lagi acara State Of Play menjelang minggu hadapan.

Seperti anda sedia maklum, State Of Play merupakan acara penstriman oleh Sony Interactive yang mana mereka akan berkongsi sebilangan informasi baharu berkenaan konsol dan permainan oleh mereka seakan acara Nintendo Direct yang dilakukan oleh Nintendo.

Menurut mereka, acara tersebut akan berdurasikan selama 20 minit dan akan mengumumkan sebilangan permainna baharu, tarikh pelancaran permainan dan sebagainya. Namun, melalui blog rasmi PlayStation, acara tersebut tidak akan berkongsikan sebarang informasi berkenaan konsol PlayStation 5.

Bagi anda yang berminat, acara tersebut akan ditayangkan di saluran rasmi Playstation di laman sosial Twitch, YouTube, Twitter dan Facebook pada 10 Disember 2019 ini pada jam 10 malam.

Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaannya setelah ia diumumkan kelak.

Leave a Reply