Sebelum ini, Hideo Kojima mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini permainan Death Stranding dengan beberapa kemaskini yang akan membaiki pengalaman permainan tersebut.

Salah satunya adalah meningkatkan saiz teks supaya ianya boleh dibaca dengan lebih jelas. Selain itu, keupayaan untuk membuang kenderaan yang menghalang beberapa lokasi di dalam permainan juga dinyatakan bakal tiba. Menariknya juga, Hideo Kojima juga berkongsi satu video khas di bawah yang mana mereka memperlihatkan kemaskini tersebut berlangsung.

Seperkara lagi yang dikongsikan oleh Hideo Kojima adalah keupayaan untuk melihat pengimbas Odradek dengan lebih jelas jika ianya terhalang oleh kargo-kargo yang dibawa oleh pemain. Semestinya ini adalah kemaskini yang sangat penting memandangkan ianya sering menghalang penglihatan untuk mengesan BT setiap kali pengimbas tersebut diaktifkan.

Buat masa ini, kemaskini ini disahkan bakal tiba sekitar pertengahan Disember ini dan buat masa ini senarai penuh kemaskini masih belum dikongsikan. Kami pasti akan melaporkannya setelah ia diumumkan kelak.

Death Stranding telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada 8 November 2019 lepas yang mana ianya juga diumumkan akan tiba di PC sekitar tahun hadapan. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami buat Death Stranding, anda boleh ke pautan ini. Selain itu kami juga kongsikan 5 panduan sebelum anda bermain permainan tersebut di sini.

Sohor Kini