Media Molecule hari ini mengumumkan yang mana permainan Dreams yang dilancarkan secara akses awal pada April lepas akan meninggalkan akses awal menjelang hujung minggu ini, iaitu sekitar 7 Disember 2019 ini.

Menurut mereka, pemain tidak lagi berupaya untuk membeli permainan tersebut secara akses awal selepas tarikh tersebut dan perlu menunggu tarikh pelancaran permainan penuh tersebut apabila ia dilancarkan kelak. Walaupun begitu, buat mereka yang sudah pun memiliki permainan tersebut, mereka masih lagi boleh bermainnya dan mereka juga akna menerima permainan penuh Dreams setelah ia dilancarkan kelak tanpa sebarang kos tambahan.

Namun buat masa ini tarikh pelancaran permainan penuh masih belum diumumkan. Namun, kami percaya ianya bakal tiba tidak lama lagi memandangkan sebelum ini ianya tertiris yang mana ia bakal tiba Februari kelak.

Selain itu, Media Molecule juga mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara anugerah khas, IMPY Awards sempena rekaan oleh komuniti pemain di mana senarai tercalon akan diumumkan mengikut undian melalui pautan ini.

Menurut Media Molecule, anugerah tersebut akan dilakukan secara langsung melalui saluran rasmi Twich Media Molecule pada 26 Januari 2020 ini.

Terdapat 21 kategori yang diumumkan iaitu:

  • Pereka Terbaik
  • “Dream” Terbaik
  • Visual Terbaik
  • Naratif Terbaik
  • Ukiran Terbaik
  • Muzik Terbaik
  • Animasi Terbaik
  • Bentuk Permainan Terbaik
  • Kurator Terbaik
  • Watak Terbaik
  • Reka Bunyi Terbaik
  • Pelakon Suara Terbaik
  • Rekaan Jenaka Terbaik
  • Rekaan Tercomel
  • Peningkatan Pemimpi Terbaik
  • Pereka tersembunyi Terbaik
  • “Dream” tersembunyi Terbaik
  • Anugerah Terunik
  • Bintang Komuniti
  • Pemimpi paling banyak Membantu
  • Penstrim pilihan

Jadi bagi anda yang berminat, pastikan anda membuat undian buat rekaan dan pereka pilihan anda bermula hari ini.

Sohor Kini